20 November 2009

SEJARAH PENUBUHAN

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN (MAIK)

Maahad Tahfiz Al-Quran Kelantan terletak di alamat Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji 16100 Kota Bharu, Kelantan. Kompleks ini menempatkan pelajar tahfiz, anak-anak yatim dan juga penempatan bagi program-program yang diseliakan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Pelajar tahfiz memulakan sesi pembelajaran pertama sebagai perintis di kompleks ini pada 01/01/2007 selepas perasmian oleh KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibnu Almarhum Sultan Yahya Petra pada 11/11/2006.

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra ialah Kompleks hasil cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan Kelantan yang terdiri daripada beberapa blok bangunan iaitu asrama Anak-Anak Yatim ( Putera ), Institut Latihan Imam, Maahad Tahfiz al-Quran, Markaz Saudara Baru, Masjid, Kuarters kakitangan, dewan serbaguna dan blok pentadbiran.


OBJEKTIF PENUBUHAN DAN FALSAFAH

a. Objektif

-Melahirkan generasi Al-Quran yang berdaya saing dan maju kehadapan.
-Menonjolkan para huffaz Al-Quran dan dua’at yang mahir serta berketerampilan selaras
dengan keperluan semasa.
-Melahirkan Qurra yang berqualiti, berautoriti dan mahir dalam seni bacaan dan Qiraat.
-Melahirkan Imam-imam yang hafiz Al-Quran.

b. Falsafah

-Membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu, beramal, bermanfa’at kepada
pembangunan Ummah dan Negara.


KORIKULUM PENGAJIAN


1- TAHUN PERTAMA

A – Semester 1

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran i PAQ 1014 4
02 Ilmu Tajwid i PIT 1072 2
03 Asas Qiraat i PIQ 1112 2
04 Fiqah i PUI 1243 3
05 Hadith Mustalah PUI 1263 3
06 Ulum Quran PSQ 1372 2
JUMLAH 16 Jam


B- Semester 2

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran ii PAQ 1024 4
02 Ilmu Tajwid ii PIT 1082 2
03 Asas Qiraat ii PIQ 1122 2
04 English Language i PEN 1182 2
05 Aqidah i PUI 1183 3
06 Nahu Soraf /Balaghah i PBA 2132 2
07 Dabtul Quran PSQ 1322 2
JUMLAH 17 Jam


2- TAHUN KEDUA

A – Semester 3

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran iii PAQ 1014 4
02 Ilmu Tajwid iii PIT 1072 2
03 Asas Qiraat iii PIQ 1112 2
04 Fiqah ii PUI 1243 3
05 Hadith Mustalah PUI 1263 3
06 Ulum Quran PSQ 1372 2
JUMLAH 16 Jam


B- Semester 4

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran iv PAQ 2044 4
02 Qiraat Amali ii PSQ 2302 2
03 Tafsir al-Quran i PTQ 2092 2
04 Bahasa Arab Komunikasi/ Insya'/ Mutalaah PBA 2162 2
05 Aqidah ii PUI 2233 3
06 Qiraat Ilmi ii PSQ 2292 2
07 Ko- Kurikulum PKK 1201 1
JUMLAH 16 Jam

3- TAHUN KETIGA

A – Semester 5

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran v PAQ 3054 4
02 Tafsir al-Quran ii PIQ 3102 2
03 Sirah Nabawiyah PUI 3273 3
04 Rasm al- Quran i PSQ 3342 2
05 Fawasil PSQ 3382 2
06 Qiraat Amali iii PSQ 2532 2
JUMLAH 15 Jam


B- Semester 6

BIL KURSUS KOD BIL.JAM KREDIT
01 Hifz Quran vi PAQ 3064 4
02 Tarannum PTM 3172 2
03 Asas Komputer PKO 3211 1
04 Tarikh Mashaf PSQ 3392 2
05 Tarikh al-Qura’ PSQ 3362 2
06 Rasm al- Quran PSQ 3352 2
07 Kertas Projek PSQ 3411 1
JUMLAH 14 Jam


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MAIK


a ) Warganegara Malaysia yang belum berkahwin .

b ) Berumur antara 18 hingga 21 tahun .

c ) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan mendapat kepujian :

i ) Bahasa Malaysia

ii ) Bahasa Arab ( Komunikasi atau Tinggi )

iii) Pendidikan Al Quran & Al Sunnah

iv) Pendidikan Syariah Islamiah

v ) Lulus Bahasa Inggeris

d ) Lulus Ujian temuduga pengambilan pelajar .


SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN (MAIK)


Era 80an, Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pengawasan Sahibul Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, dengan Majlis Agama Islam Kelantan sebagai urusetia. Maahad ini telah berjalan dengan licin dan memuaskan sebagaimana diharapkan.

Pada asalnya ia dikenali dengan nama Kelas Pengajian Tafaqquh dengan pusat pengajiannya di Masjid Muhammadi Kota Bharu. Di awal penubuhannya ia mempunyai 5 orang tenaga pengajar sukarela, mereka ialah :-

1 ) SS Dato' Hj.Mohd Noor bin Ibrahim ( Mufti Kerajaan Kelantan )
2 ) AF Hj. Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan
3 ) Us. Hj. Yusoff bin Omar
4 ) Us. Hj. Mohamed bin yusoff
5 ) Us. Hj. Hj.Ismail bin Ab. Rahman

Seramai 11 orang pelajar telah diambil, daripada jumlah itu hanya 8 orang sahaja berjaya meneruskan program pengajian ini sehinggalah ianya berakhir pada 15/6/1987.

Majlis, dengan ini berpuashati dan bersetuju meneruskan kembali kelas pengajian itu selama dua tahun lagi bermula pada 16/6/1987 setelah meneliti rayuan dan rintihan daripada para pelajar untuk memperlengkapkan pengetahuan agama seperti Ilmu Fekah, Tauhid, Tafsir Al-Quran dan lain-lain. Kelas Pengajian ini pada awalnya telah dibiayai melalui peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 50,000.00 setahun serta kelulusan menggunakan wang baki Kerajaan yang masih ada dalam simpanan Majlis sebanyak RM 80,000.00.

Kelas pengajian agama yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kelantan telah sampai ke penghujungnya dan tamat pada 31/12/1989 . Berikutan daripada itu , kesemua lapan orang pelajar-pelajar tersebut telah dipersetujui Majlis untuk dilantik ke jawatan ( Kontrak – Pembantu Hal Ehwal Islam Gred C 11-00 ) Guru Al Quran bermula pada 1/1/1990. Senarai para pelajar Kelas Tahfi &Tafaqquh yang dilantik ke jawatan Guru Al Quran adalah sebagaimana berikut :

1- Mohd Zain bin Sulaiman
2- Abdul Wahid bin Abdul Shukur
3- Samsul Bahri bin Kadir
4- Mohd Amin bin Hj.Abdullah
5- Ahmad bin Abdul Hamid
6- Zakaria bin Abdul Hamid
7- Muhamad Rusmi bin Che Harun
8- Abdul Rahim bin Senik



PENUBUHAN SEMULA MAAHAD TAHFIZ AL QURAN MAIK


TITAH TUANKU AL SULTAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan berhasrat supaya Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran anjuran Kerajaan Negeri yang telah tamat pada 31/12/1989 itu dihidupkan kembali dibawah Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan sendiri. Usaha-usaha kearah menyempurnakan titah hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan telah dilakukan.

Pada penghujung tahun 1992, Majlis Agama Islam Kelantan dan Jawatankuasa Pengelola bersetuju untuk menerima pakai Korikulum pengajian Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam Malaysia,Kuala Lumpur sebagai korikulum dan sukatan khusus bagi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

Pada peringkat awal pelaksanaan korikulum baru, sistem pengajian yang diguna pakai adalah sistem pengajian tahun ke tahun. Tempoh perlaksanaan selama tiga tahun dan di mulai dengan tahun pertama, kedua,dan ketiga.

Seramai 33 orang pelajar telah diterima masuk bagi mengikuti kursus bagi tahun pertama pengajian Diploma Tahfiz dan dari jumlah itu tiga belas orang sahaja berjaya meneruskan pengajian mereka sehingga akhir, manakala selebihnya keluar sebelum tamat pengajian.


ANGGOTA JAWATANKUASA PENGELOLA


Anggota-anggota Jawatankuasa adalah sebagaimana dibawah :-

1 ) Yang Dipertua Majlis Agama Islam
Dato Haji Ab. Razak bin Salleh – Pengerusi

2 ) Dato Timbalan Yang Dipertua
Dato Nik Ishak bin Nik Sulaiman – Ahli

3) Setiausaha Majlis Agama Islam
Che Majid bin Othman - Ahli

4 ) Pegawai Agama Maik
Haji Alwi bin Jusoh - Ahli

5 ) Pegawai Pembangunan Maik
En.Zawawi bin Mohammad - Ahli

6 ) Ketua Hakim Syarie
Dato Haji Daud bin Mohammad - Ahli

7 ) Imam Besar
Haji Ismail Sayudina - Ahli

8 ) Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Dato Haji Hasbullah bin Mohd Hassan - Ahli



SENARAI TUGAS

1 ) Bertanggungjawab bagi merancang serta menggariskan
polisi-polisi tahfiz .

2 ) Mengawasi perjalanan perngurusan Tahfiz .

3 ) Membantu Majlis memperbetulkan mana-mana kecacatan
pentadbiran Kelas Tahfiz .

4 ) Mengadakan pengesyoran kepada Majlis mengenai kepentingan
pelajar dari semasa ke semasa .

5 ) Menyelaras tugas-tugas Jawatankuasa pengurusan .

6 ) Tugas-tugas lain yang diarah .


PROGRAM DIPLOMA


Tanggal 01 Febuari 1993, satu permohonan telah di ajukan oleh Majlis Agama Islam Kelantan kepada Pengarah Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran, Jabatan Perdana Menteri untuk mewujudkan program pengajian bersama Diploma Tahfiz Al Quran Wal Qiraat. Permohonan itu telah diluluskan dengan beberapa syarat tertentu, iaitu Majlis hendaklah bersetuju mematuhi korikulum dan semua syarat-syarat pengajian yang telah ditetapkan kepada Maahad-Maahad Tahfiz Negeri di Malaysia. Syarat-syaratnya adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

a) Pelajar-pelajar yang selesai mengikuti kelas pengajian di Maahad ini diberi kemudahan untuk menduduki Peperiksaan bersama Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam Malaysia

b) Menerima pakai syarat-syarat kemasukkan pengajian seperti :

i) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dan Bahasa Arab Tinggi.

ii) Mempunyai Sijil Menengah Agama / Empat Thanawi dan Kepujian Bahasa Malaysia.

iii) Berumur di antara 18 hingga 21 tahun.

c) Matapelajaran yang dipersetujui untuk diajar ialah:-

a) Tasmei Al-Quran
b) Tajwid
c) Qiraat
d) Hifzul Mutun
e) Ulum Al-Quran
f) Feqah
g) Akidah
h) Tafsir
i) Fawasil Al-Quran
j) Hadith
k) Nahu
l) Soraf
m) Insyak
n) Balaghah
o) Tarikh Mushaf
p) Bahasa Inggeris
q) Dhob Al-Quran
r) Dakwah Wal Khitobah


TEMPAT PENGAJIAN DAN ASRAMA


Tempat pengajian adalah di bangunan lama Majlis Agama Islam bersebelahan Masjid Muhammadi Kota Bharu, manakala asramanya ditempat yang sama, tahun 1995 kelas pengajian telah dipindahkan ke tingkat satu Dewan Masjid Muhammadi.

Seterusnya pada tahun 2007, kelas pengajian sekali lagi dipindahkan ke tempat yang baru dan lebih selesa dengan kemudahan dan prasarana yang lengkap bagi kelas pengajian, pejabat Maahad, perpustakaan dan asrama di satu tempat khusus di Kompleks Islam Jubli Perak sehingga kini.


GAJI GURU DAN ELAUN PELAJAR


Awal penubuhan hingga kini gaji guru-guru dan elaun pelajar-pelajar dibiayai oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Para pelajar diberi elaun bulanan sebanyak RM 250.00 sebulan.


ANGGOTA PENGURUSAN


Setelah wujudnya Jawatankuasa pengurusan yang anggotanya diketuai oleh Sahibussamahah Dato Mufti Kerajaan Kelantan dan ahli-ahlinya .

Anggota Jawatankuasa Pengurusan sebagaimana dibawah :-

1) Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Dato Haji Hasbullah bin Mohd Hassan - Pengurusi

2) Ketua Hakim Syarie
Dato Haji Daud bin Mohammad - Ahli

3) Pegawai Agama Maik
Othman bin Ibrahim - Ahli ( Bendahari )

4) Pegawai Pembangunan Maik
En.Zawawi bin Mohammad - Ahli

5) Setiusaha Maik
Che Majid bin Othman - Ahli

6) Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan
Wan Ab.Kader bin Wan Ab. Rahman - Setiausaha

7) Mudir Kelas Tahfiz Maik
Mohd Subki bin Ab. Rahman - Ahli

8) Raja Husni bin Raja Hasan - Pembantu Setiausaha


SENARAI TUGAS

1 ) Bertanggungjawab bagi merancang serta menggariskan polisi-polisi
ke arah meninggkatkan pengurusan Kelas Tahfiz .

2 ) Menjalankan tugas Pengambilan / tatatertib guru & pelajar

3 ) Melaksanakan dasar – dasar keputusan Majlis

4 ) Bertanggungjawab terhadap Tabung Kelas Tahfiz .

5 ) Tugas-tugas lain yang diarah oleh Majlis dan Jawatankuasa Pengelola


PERUBAHAN SISTEM PENGAJIAN


Pada penghujung bulan Mei 2000, sekali lagi Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK mengalami perubahan sistem pengajian iaitu dari sistem tahun ke tahun diubah kepada sistem semester. Ini berikutan pihak pentadbiran Akademik Institut Tahfiz Al-Quran atau dengan nama barunya Darul Quran JAKIM telah mengubah sistem pengajiannya kepada pengajian semester. Program ini telah melibatkan seluruh Maahad- Maahad Tahfiz Negeri yang menerima persefahaman pengajian dan peperiksaan bersama dengannya. Keadaan ini berjalan dengan baik sehinggalah sekarang.


PEPERIKSAAN DIPLOMA


Bermula tahun 1995 sehinggalah kini para pelajar Maahad Tahfiz Al Quran MAIK berpeluang menyertai peperiksaan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat bersama Darul Quran JAKIM.


USIA PENUBUHAN


Kini (Tahun 2009) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah berada ditahun ke-17 penubuhannya.


MOU DAN PERTUKARAN NAMA


Baru-baru ini memorandum persefahaman antara Maahad Tahfiz Al Quran MAIK dengan Darul Quran JAKIM telah ditandatangan bersama. Memorandum tersebut bertujuan memantapkan lagi perjalanan program bersama pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran yang telah beroperasi selama 17 tahun dan kini menuju ambang kemajuan.

Berikutan dari itu Nama asal “ KELAS TAHFIZ AL-QURAN " telah ditukar kepada nama baru iaitu “ MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN " dan telah diguna pakai sekarang.


GRADUET


Jumlah graduet yang keluar dari Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK adalah berjumlah enam puluh satu orang sejak mengguna pakai sistem pengajian Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran Jabatan Perdana Menteri, Pusat Islam Malaysia yang kini dikenali sebagai Darul Quran. Setelah menamatkan pengajian dan mendapat Diploma Tahfiz Al-Quran, ramai di kalangan mereka berjaya mengecapi kejayaan dalam kerjaya masing-masing seperti berkhidmat di agensi-agensi persekutuan dan negeri serta swasta, pegawai agama, guru dan lain-lain lagi termasuk sepuluh orang yang sedang berkhidmat dengan MAIK sebagai imam.

Berikut merupakan senarai nama bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang berjaya menyelesaikan kursus diploma dalam bidang Qiraat bermula dari tahun pertama pelaksanaan kokurikulum baru sejak tahun 1993 sehingga kini.

BIL NAMA TAHUN

1 Ahmad Bin Yunus 1993-1996
2 Alias Bin Daud 1993-1996
3 Bedol Bin Dat Awang 1993-1996
4 Mohd Izuddin Bin Che Ismail 1993-1996
5 Mohd Zulkifli Bin Hassan 1993-1996
6 Rizalman Bin Ahmad Yusof 1993-1996
7 Sabri Bin Abdullah 1993-1996
8 Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah 1993-1996
9 Bahaudin Bin Abdul Razak 1996-1999
10 Haswadi @ Husaini Bin Muhamad 1996-1999
11 Mohd Nasir Bin Awang Noh 1996-1999
12 Rozaimi Bin Musa 1996-1999
13 Syed Mohd Ikramuddin Bin Syed Omar 1996-1999
14 Zamri Bin Mustafa 1996-1999
15 Abdul Hakam Bin Husain 1997-2000
16 Asma Zawawi Bin Mohamed 1997-2000
17 Ahmad Sirajuddin Bin Abdul Sattar 1997-2000
18 Mohd Azman Bin Che Omar 1997-2000
19 Mohd Hazli Bin Ismail 1997-2000
20 Mohd Karmizi Bin Jusoh 1997-2000
21 Alias Bin Nawi 2000-2003
22 Khairul Azmi Bin Ahmad 2000-2003
23 Mohd Ismarudi Bin Abdul Rahim 2000-2003
24 Mohd Shahrizan Bin Hissin 2000-2003
25 Mohamad Yusizurin Bin Mat Yunus 2000-2003
26 Muhd Ab.Rahman Bin Kamarul Zaman 2000-2003
27 Mohd Zahiruddin Bin Ahmad 2000-2003
28 Nasruddin Bin Mohd Noori 2000-2003
29 Nik Hamzah Bin Nik Hassan 2000-2003
30 Tengku Nor Hasif bin Raja Ab Rashid 2000-2003
31 Mohd Faizol B. Zainuddin 2001-2004
32 Mohd Syahir B. Abdullah 2001-2004
33 Wan Abu Bakar B. Wan Mahussin 2001-2004
34 Abdul Razak Bin Mohd Zain 2003-2006
35 Aimaduddin Bin Kamaludin 2003-2006
36 Mohd Lotfi Bin Mohd Saufi 2003-2006
37 Mohd Solleh Bin Abdul Razak 2004-2007
38 Muhd Amer Al Hafiz Bin Hassan 2004-2007
39 Salman Bin Samat 2004-2007
40 Tengku Mohamad Anwar Bin Raja Ab Rashid 2004-2007
41 Abdul Hadi Bin Mohammad 2005-2008
42 Abdul Azid B Abdul Rahman 2005-2008
43 Ahmad Huzaifah Bin Fauzi 2005-2008
44 Ibrahim Bin Che Ismail 2005-2008
45 Md Saifullah Bin Nik Abdullah 2005-2008
46 Mohd Fazlie Bin Mat Yusof 2005-2008
47 Mohd Jamil Bin Rajab 2005-2008
48 Mohd Rahimi Bin Abdul Rahim 2005-2008
49 Muhamad Hazman Bin Mat Nor 2005-2008
50 Muhammad Aquam Bin Abdul Majid 2005-2008
51 Nik Mohd Syaiful Emry Bin Nik Muhammad 2005-2008
52 Aubidullah Fahim Bin Ibrahim 2006-2009
53 Mohamed Hanif Bin Arazmi 2006-2009
54 Mohd Fadli Bin Safien 2006-2009
55 Mohd Hafizi Bin Isa 2006-2009
56 Mohd Nasrul Hadi Bin Othman 2006-2009
57 Mohd Tariq Bin Ismail 2006-2009
58 Mohd Zawawi Bin Mat Noor 2006-2009
59 Najmuddin Bin Omar 2006-2009
60 Sufyan Bin Omar 2006-2009
61 Zulkifli Bin Mohamad 2006-2009


PENGIKTIRAFAN


Bahagian pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mengeluarkan perakuan pengiktirafannya terhadap Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah setaraf dengan sijil Diploma ITM ( UITM ) dan layak dilantik dalam mana kumpulan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

Beberapa Universiti tempatan turut mengiktiraf kemasukannya bagi pengajian Ijazah Sarjana. Universiti-universiti tersebut adalah sebagaimana berikut :-

a) Universiti Malaya telah mengiktiraf kemasukannya bagi tahun pertama jurusan Usuluddin dan Dakwah.(Tahun 2000)

b) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengiktiraf kemasukannya bagi tahun pertama jurusan Ilmu Wahyu dan pengecualian Jam Kredit untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan. (Tahun 2003)


c) Universiti Islam Antarabangsa telah mengiktiraf kemasukannya bagi tahun pertama dalam lima jurusan iaitu: (Tahun 2003)

i) Program Bahasa dan Kesusasteraan Arab
ii) Program Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
iii)Program Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan
iv) Program Undang-undang
v) Ekonomi dan Sains Pengurusan
vi) Enginering

d) Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Indonesia

e) Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim telah mengiktiraf kemasukannya bagi tahun pertama jurusan kesusateraan dan pendidikan.(Tahun 2006)

f) Kolej Universiti Islam Malaysia Selangor telah mengiktiraf kemasukannya bagi tahun pertama jurusan Ilmu Wahyu. (tahun 2005)

g) Universiti Al-Azhar As-Syarif Mesir telah mengi'ktirafkan kemasukannya bagi pengajian takhasus Qiraat. Tempoh pengajiannya selama tiga tahun. (Tahun 1988)



Disediakan oleh :
Unit pentadbiran
Maahad Tahfiz Al-Quran
Majlis Agama Islam Kelantan.






0 Comments:

Post a Comment



Janji Allah Pasti Berlaku!

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) ©Template Blogger Green by ubid_laden.

TOPO