05 February 2010

MU'ALLIM


" GURU insan yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Guru banyak menyumbangkan khidmat membangunkan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi membentuk sahsiah pelajar. "

Beberapa minggu lepas, kami sempat bertemu mata dan menziarahi Muallim kami (Ustaz Yusoff) di asrama pelajar-pelajar beliau di Hayyu Sabi'. Beliau berkunjung ke Bumi Mesir ini kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan sekolah beliau.
Beliau merupakan bekas salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) suatu ketika dahulu.Begitu banyak ilmu-ilmu yang kami sempat pelajari daripada beliau. Beliau telah membuka minda-minda dan pemikiran kami kepada yang lebih matang.

Beliau merupakan salah seorang mahasiswa lepasan Universiti Al-Azhar As-Syarif dalam bidang Syariah Islamiyyah peringkat master. Beliau juga merupakan bekas penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) suatu ketika dahulu.

Kami tidak melepaskan peluang ketika bertemu mata dengan beliau untuk meminta sedikit sebanyak nasihat dalam menempuh hari-hari yang mendatang di Bumi Mesir ini. Kami berdoa mudah-mudahan dipanjangkan umur supaya dapat kami bertemu lagi di lain waktu. Kami begitu merindui saat-saat ketika bersama beliau.



;;

Janji Allah Pasti Berlaku!

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) ©Template Blogger Green by ubid_laden.

TOPO