06 April 2010

Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis khatam al-Quran adalah majlis yang mulia dan berkat.

Ia adalah tuntutan agama dan dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan juga amalan para sahabat, salafus soleh dan para ulama’.

Para malaikat turun menaungi dan membawa rahmat majlis khatam al-Quran yang dilangsungkan.

Di dalam buku at-Tibyan susunan Imam an-Nawawi, diceritakan, ada di kalangan ulama dan salafus soleh yang menamatkan al-Quran sehingga 8 kali sehari.

Empat kali malam dan empat kali pada waktu siang.

Bagaimana mereka menamatkan bacaan ? Wallahu a’lam.

Allah SWT memberikan mereka ruang masa yang cukup untuk membaca al-Quran.

Tapi yang lebih penting daripada itu, ialah mengambil manfaat daripada apa yang dibaca, dan meneruskan tilawah setelah khatam.

Sebab itu dalam majlis khatam, kita dituntut menyambung bacaan ke surah al-Fatihah dan 5 ayat surah al-Baqarah.

Maksudnya bahawa pembacaan al-Quran akan diteruskan lagi, bukannya terus ditutup.

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis khatam Al-Quran bagi sahabat kami Nik Saifullah B. Nik Abdullah, Mohd Hafizi B. Isa, Mohd Fadhli B. Safien, dan Mohd Yusran.



Mereka telah bertalaqqi di hadapan sheikh kami, Sheikh Toha Hafizahullah dengan bacaan riwayat Hafs 'an Asim dengan tawassut dan qasr, dan Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t mereka berjaya menamatkannya.

Tahniah diucapkan kepada mereka semua, barokaAllahu fikum.


اللهم ارحمنا بالقرءان واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة



(Sila Klik Disini untuk ke Galeri MTQ (MAIK) )



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra, Kaherah, Mesir.

0 Comments:

Post a Comment



Janji Allah Pasti Berlaku!

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) ©Template Blogger Green by ubid_laden.

TOPO