03 March 2010

UKHUWWAH FILLAH.

Berada di negara asing, jauh beribu-ribu batu dari keluarga tercinta, maka sahabat-sahabat seperjuangan yang menjadi tempat mengadu dan bercerita.
Kerinduan kepada keluarga kadang-kadang dapat diubati dengan tawa suka ria sahabat-sahabat.
Merekalah ibu dan ayah bagi kami, serta adik-beradik yang lain. Tanpa sahabat-sahabat disisi siapalah diri ini.
Oleh kerana itu lah Islam amat menekankan ukhuwwah dikalangan umatnya.
" sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara ".


Justeru itu, kerana merasai kepentingan ukhuwwah ini, kami (bekas pelajar-pelajar MTQ(MAIK)) berkumpul sekali sekala. Adakan majlis tahlil, makan-makan, berbual-bual, dan sebagainya. Tujuan utama kami tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwwah diantara kami. Oleh kerana kami semua tinggal berasingan, dapat bersua muka sekali sekala memang sungguh gembira rasanya. Sama-sama berkongsi segala masalah yang dihadapi, samada dalam pengajian dan kehidupan seharian.

Semoga majlis seperti ini akan terus diadakan dimasa hadapan.

Mudah-mudahan ukhuwwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.


(Sila Klik Disini untuk ke Galeri MTQ (MAIK) )


Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

0 Comments:

Post a Comment



.


Janji Allah Pasti Berlaku!

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) ©Template Blogger Green by ubid_laden.

TOPO