06 July 2010

IMTIHAN...

Sudah agak lama tidak menulis untuk blog ini. Ribuan kemaafan dipohon.

Fatrah imtihan untuk kami Mahasiswa tahun 1 disini semakin menjelma.
Untuk pengetahuan pembaca sampai kehari ini kami disini tidak menduduki peperiksaan. Perkara ini berlaku disebabkan ada beberapa masalah yang tidak sempat diselesaikan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mungkin perkara ini sudah heboh diperkatakan di Malaysia sendiri.

Walau apapun kami bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menduduki imtihan walaupun imtihan yang bakal kami tempuhi ini ialah dhur thani (peperiksaan ulangan).
Banyak kemungkinan dan risiko yang bakal kami tempuhi.Jika kami tidak lulus kertas yang diambil lebih daripada dua kertas/ madah, maka kami akan terus ke dhur thanah (ulang tahun), tidak ada lagi istilah peperiksaan ulangan bagi kami.

Mudah-mudahan perkara ini tidak berlaku kepada kami semua. Minta-minta dijauhkan.




Kami disini tidak lain tidak bukan mengharapkan doa daripada guru-guru dan sahabat-sahabat sekalian. Doakan kejayaan kami dan dipermudahkan segala urusan kami.

Saya mewakili sahabat-sahabat disini memohon jutaan kemaafan jika ada terdapat kesalahan dan kesilapan daripada kami.



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

14 June 2010


Puji-pujian hanya buat Tuhan Sekelian Alam. Selawat dan salam buat Junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W, keluarga Baginda serta para Sahabat.
“ Tak kenal maka tak cinta ”. Sehubungan dengan itu pihak Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) mengambil inisiatif untuk mengadakan program Minggu Orientasi ini dengan tujuan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui program ini para peserta akan diberi pendedahan awal berkenaan Maahad Tahfiz serta mencetuskan hubungan silaturrahim di kalangan pelajar baru dan lama.

Penyambut tetamu ..


pelajar baru dan keluarga Menuggu giliran pendaftaran













Objektif program ini adalah, Sebagai pendedahan awal MTQN MAIK kepada pelajar baru,Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar dan seterusnya Sebagai motivasi awal di dalam usaha menghafaz Al-Quran.
Program ini telah diadakan pada 27 – 29 April 2010,bertempat : Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK


























Semoga penganjuran program Minggu Orientasi ini akan mendapat sambutan dan kerjasama daripada semua pihak serta mencapai objektif sebenar. Segala kerjasama yang diutarakan oleh semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

04 June 2010


Ahlan Wasahlan !
"Kecil Tapak Tangan, Nyiru Ditadahkan"
begitulah kata peribahasa unruk menggambarkan hati kami yang sangat mengalu-alukan kehadhiran MTS Perak ke Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih, kepada SEKOLAH IZZUDIN SHAH (SIS), SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH (SERATA) dan SEKOLAH RAJA DR NAZRIN (SARJANA) kerana telah sudi untuk bertamu ke MTQ Kelantan pda 6 Disember lalu ..





Majlis yang penuh gilang gemilang ini dimulakan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh Johan tilawah al-quran Ihtifal Ilmi peringkat Kebangsaan 2009, Mohd Faiz bin Zainuddin ..

Sebagai makluman umum, Sekolah Izzuddin Shah atau singkatannya SIS ditubuhkan pada tahun 1959. Sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 7.29 hektar di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Harimau.

SIS merupakan cetusan idea Menteri Besar Perak yang pertama, iaitu Tan Sri Haji Ghazali bin Jawi dan telah dinamakan sempena Ke Bawah DYMM Paduka Sultan Perak Sultan Yusuf Izzuddin Shah yang turut berkenan mencemar duli merasmikan sekolah ini.



SIS menawarkan aliran pengajian agama berasaskan kurikulum Al-Azhar serta kurikulum kebangsaan.



1.0 Objektif



2.1 Menjalinkan hubungan silaturrahim antara Maahad Tahfiz Negeri

2.2 Mencambahkan idea dalam menyatukan pemikiran dan gerak kerja ke arah memperluas dan mempelbagaikan lagi peranan serta sumbangan Maahad Tahfiz kepada masyarakat umum

2.3 Mempromosi peluang pengajian dan pakej yang ditawarkan di Maahad Tahfiz melalui taklimat dan risalah yang diedarkan.

2.4 Menanam kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan didikan agama kepada anak-anak sejak dari awal lagi.

2.5 Mendedahkan pelajar-pelajar kepada masyarakat luar atau umum.

2.6 Melihat dan merenung alam ciptaan Allah

2.7 Menambah ilmu dan meluaskan pengalaman

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan dan majlis makan tengahari di dewan makan utama MTQ MAIK.



14 April 2010

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

(Surah Ali-’Imran 3:26)


Telah berakhirnya PRU PMRAM 2010. Alhamdulillah dipanjatkan kerana sepanjang tempoh berkempen dan pilihanraya berlangsung, tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Dapat mempelajari bagaimana kaedah-kaedah berkempen dan berpilihanraya menurut apa yang telah diajarkan oleh Islam adalah suatu yang amat berharga.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Huzaifah kerana telah memenangi pilihanraya dan terpilih untuk berada di barisan Badan Pengurus PMRAM sesi 2010/11.

PMRAM adalah salah satu medan dan wasilah untuk melatih dan membina generasi-generasi baru dalam melahirkan pemimpin-pemimpin yang bakal memimpin negara suatu hari kelak dan seterusnya akan membangkitkan semula khilafah islamiyyah.
Bak kata pepatah melayu, " Melentur buluh biarlah dari rebungnya ".

Kepada Ustaz Huzaifah diharapkan agar dapat menunaikan manifesto-manifesto yang telah dijanjikan.
Janganlah anda berasa keseorangan, kerana kami akan sama-sama berjuang bersama anda demi memartabatkan PMRAM dibawah tema
" Julang Thaqofah Bakti Dicurah ".

Sekali lagi diucapkan tahniah dan selamat menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Di doakan supaya dipermudahkan segala urusan.



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

10 April 2010

PRU PMRAM 2010

Pilihanraya Umum (PRU) Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan diadakan pada 10/4/2010 bagi memilih Badan Pengurus (BP) PMRAM sesi 2010/11.


Mengikut fakta sudah 18 tahun PRU PMRAM tidak diadakan kerana kesemua calon-calon yang bertanding sebelum ini menang tanpa bertanding, akan tetapi pada tahun ini akan diadakan PRU PMRAM.

Untuk PRU kali ini, bekas pelajar MTQ (MAIK) Ustaz Ahmad Huzaifah bin Fauzi mengambil bahagian untuk calon BP PMRAM.

Calon pilihan kita. Berkaliber, berkepimpinan, penuh karisma. Undilah calon kita. Pilihan di tangan anda demi masa depan PMRAM

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web calon BP.





PENGENALAN DIRI



Nama : Ahmad Huzaifah bin Fauzii

Tarikh Lahir : 3 Sya'ban 1406 / 13 April 1986


No. PMRAM : 19069

No. Pasport : A 18563787

Umur : 24 tahun

No. Telefon : +2011-6312426

E-mel : ustazhuzaifah@yahoo.com

Web/Blog : www.ahmadhuzaifahfauzi.blogspot.com



PENDIDIKAN



-Maahad Amir Indra Petra [1999-2004]

-Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) [2005-2008]

-Maahad Qiraat Al-Azhar As-Syarif Shoubra [2008-2011]



PENGALAMAN DALAM KEPIMPINAN



[2004 - 2005]

-Exco Lajnah Ceramah & Kefahaman Islam

-Setiausaha Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat

-Ketua Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat.



[2006 - 2007]

-YDP Alumni Pimpinan Pelajar, Maahad Amir Indra Petra.



[2008 - 2009]

-AJK Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPM [MAQAZ] Shoubra.

-Ketua Unit Kaunter & Disiplin Bazaria Siswa KPKM '09

-Ketua Unit Hidangan ADHA KPKM '09

-AJK Unit Disiplin & Protokol Muktamar Sanawi PMRAM



[2009 - 2010]

-Ketua Unit Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM cawangan

DPM [MAQAZ] Shoubra.

-Calon Badan Pengurus PMRAM



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

06 April 2010

Majlis khatam al-Quran adalah majlis yang mulia dan berkat.

Ia adalah tuntutan agama dan dilakukan oleh Rasulullah SAW, dan juga amalan para sahabat, salafus soleh dan para ulama’.

Para malaikat turun menaungi dan membawa rahmat majlis khatam al-Quran yang dilangsungkan.

Di dalam buku at-Tibyan susunan Imam an-Nawawi, diceritakan, ada di kalangan ulama dan salafus soleh yang menamatkan al-Quran sehingga 8 kali sehari.

Empat kali malam dan empat kali pada waktu siang.

Bagaimana mereka menamatkan bacaan ? Wallahu a’lam.

Allah SWT memberikan mereka ruang masa yang cukup untuk membaca al-Quran.

Tapi yang lebih penting daripada itu, ialah mengambil manfaat daripada apa yang dibaca, dan meneruskan tilawah setelah khatam.

Sebab itu dalam majlis khatam, kita dituntut menyambung bacaan ke surah al-Fatihah dan 5 ayat surah al-Baqarah.

Maksudnya bahawa pembacaan al-Quran akan diteruskan lagi, bukannya terus ditutup.

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis khatam Al-Quran bagi sahabat kami Nik Saifullah B. Nik Abdullah, Mohd Hafizi B. Isa, Mohd Fadhli B. Safien, dan Mohd Yusran.



Mereka telah bertalaqqi di hadapan sheikh kami, Sheikh Toha Hafizahullah dengan bacaan riwayat Hafs 'an Asim dengan tawassut dan qasr, dan Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t mereka berjaya menamatkannya.

Tahniah diucapkan kepada mereka semua, barokaAllahu fikum.


اللهم ارحمنا بالقرءان واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة



(Sila Klik Disini untuk ke Galeri MTQ (MAIK) )



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra, Kaherah, Mesir.

;;

Janji Allah Pasti Berlaku!

Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) ©Template Blogger Green by ubid_laden.

TOPO